Pada 13 Mei 2017, jam 08.30 pagi bertempat hentian rehat dan rawat Melekek, telah diadakan Program Gotong Royong anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka bersama Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Parol Daerah Melaka Tengah.
Seramai 21 orang ODP Turut hadir di program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Latifah binti Omar, ExcoWanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas diberikan dengan membuat kerja-kerja mengecat di kawasan sekitar hentian.
Program tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan siratulrahim di antara ODP dan masyarakat di samping dapat membantu melakukan kerja kebersihan di kawasan hentian. Selain itu, program ini juga memberikan kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan di kawasan medan selera. Aktiviti gotong royong ini berakhir pada jam 01.00 tengahari setelah semua hadirin menikmati jamuan ringan. Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia atas sumbangan yang diberikan.
"" Seramai 21 orang ODP Turut hadir di program tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YB.Datuk Latifah binti Omar, ExcoWanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan. Program gotong-royong dimulakan sebaik sahaja taklimat ringkas mengenai pembahagian tugas diberikan dengan membuat kerja-kerja mengecat di kawasan sekitar hentian.